Kerabu Kerang

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg kerang
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi
  • 2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
  • 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
  • 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir)
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • Sedikit daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Rebus kerang seketika. Pastu rendam sekejap dlm bekas berisi ais.Tujuannya supaya kerang cantik terkupas. Hanya patahkan sebelah kulit kerang dan sebelah lagi dibiarkan bersama isi yang akan kita pakai
  2. Tumbuk cili padi dan bawang besar hingga agak halus.
  3. Kemudian masukkan gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
  5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul kerang bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas kerang. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
  6. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!